Thursday, July 7, 2016
NASI TOMATO
NASI TOMATO
sumber : Chef Hanieliza...
Bahan-Bahan :
5 cawan beras - cuci bersih, rendam seketika & toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato masak - dicincang
1/2 cawan sos tomato
2 sudu besar marjerin/minyak sapi
5 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Air secukupnya (ikut sukatan beras dalam 5 cawan juga - saya lebihkan dalam 1/2 cawan lagi memandangkan beras yang saya guna sedikit keras)
Daun pandan 1 helai disimpul atau daun sup yang dicincang (saya guna cincangan daun sup)
Bahan Tumis :
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Cara Memasak :
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis dengan minyak masak dan minyak sapi sehingga kuning keemasan dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker.
2. Masukkan susu cair, sos tomato, tomato cincang, garam dan gaul rata. Tambahkan air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras dan daun pandan/daun sup dan alihkan periuk ke dalam tempat rice cooker dan biarkan masak sepenuhnya.
4. Apabila nasi telah kering, kacau/gemburkan rata tetapi jangan sampai hancur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment