Wednesday, July 13, 2016
PUDING KARAMEL
PUDING KARAMEL
Oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
5 biji telur gred B (jika gred A = 4 biji)
1 tin susu cair (400 ml)
150 ml air biasa
4 sudu besar gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung kastad
Bahan Karamel :
1 cawan gula pasir
4 sudu besar air panas
Loyang : saiz 7 inci bulat
Cara Membuat :
1. Sediakan karamel@gula hangus : Masukkan gula ke dalam kuali. Hanguskan sehingga keperangan kemudian masukkan air panas, kacau sehingga gula larut sepenuhnya. Tuangkan terus ke dalam loyang. Sejukkan.
2. Dalam mangkuk, satukan kesemua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecahkan kuning telur dan sebati. Kemudian tapiskan dan tuangkan ke dalam loyang berisi karamel tadi.
3. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak sepenuhnya. Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dengan cara water-bath@bain marie (letakkan air di dalam loyang). Tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50 minit pada suhu 180'C.
4. Sejukkan terlebih dahulu kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan bersama buah-buahan koktel, ais krim perisa vanilla atau ikut citarasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment