KEK PISANG

Wednesday, July 13, 2016

MARBLE JAPANESE COTTON CHEESECAKE








MARBLE JAPANESE COTTON CHEESECAKE
sumber   :    MyBakingWorkshop...




Bahan A :

160  gm  cream cheese
  25  gm  butter
120  gm  full cream milk


Bahan B :

   40  gm  tepung kek/gandum
   30  gm  tepung jagung


Bahan C :

     4  biji  kuning telur  (saya guna gred B)


Bahan D :

    4  biji  putih telur
 1/8  sudu teh  cream of tartar
100  gm  gula kastor
Secubit garam


Bahan E :

      1  sudu besar  serbuk koko
1 1/2  sudu besar  air panas  (tambah jika kurang)


#  Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci (20 cm).  Griskan permukaannya dan alaskan dengan kertas minyak kemudian balutkan loyang tadi dengan kertas aluminium.  Ketepikan.


Cara-Cara :

 1.  Masak bahan A menggunakan kaedah double boiler sehingga cheese cair dan pekat.  Tutupkan api.

 2.  Masukkan bahan B, gaul sebati.

 3.  Masukkan pula bahan C.

 4.  Gaul sebati adunan cheese tadi sehingga sebati, ketepikan seketika.

 5.  Pukul bahan D sehingga pekat dan bertanduk.
 
 6.  Masukkan adunan cream cheese tadi secara berperingkat-peringkat (3 kali), gaul sebati menggunakan spatula secara perlahan.

  7.  Tuangkan adunan kek ke dalam loyang yang telah disediakan.

  8.  Satukan bahan E, tuangkan sedikit demi sedikit ke atas kek dan lorekkan untuk membentuk corak marble.  Taburkan badam keping jika suka.

  9.  Bakar kek guna kaedah 'water-bath'@'bain-marie' selama 40-45 minit atau sehingga kek masak pada suhu 160'C, menggunakan api bawah sahaja.

10.  Bila kek masak, segera keluarkan dari acuan dan sejukkan sepenuhnya.  Hiaskan jika suka.


Cooling Process :

1.  Untuk memastikan kek nampak cantik dan tidak kecut, segera alihkan kek dari loyang dan sejukkan di atas wire rack.

2.  Potong kek bila sudah sejuk sahaja.








No comments:

Post a Comment