Saturday, July 2, 2016
KUIH CARA TUNA KEJU
KUIH CARA TUNA KEJU
sumber : buku resipi - Chomie...
Bahan-Bahan : (33 keping)
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 biji telur gred B
Pewarna hijau
1 tin tuna
Sedikit lada hitam
2 keping keju - dipotong kecil
Sedikit garam
Cara Membuat :
1. Di dalam mangkuk besar, satukan air, susu cair, telur, garam dan pewarna hijau. Gaul sebati.
2. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk tadi sedikit demi sedikit bagi mengelakkan tepung bergentel. Ketepikan.
3. Gaul tuna dengan lada hitam. Ketepikan.
4. Sapukan sedikit minyak pada acuan kuih cara.
5. Sudukan adunan tepung tadi kemudian letakkan tuna diikuti keju yang telah dipotong kecil.
6. Bakar di atas dapur dengan api kecil. Biarkan sehingga semua bahagian masak.
7. Apabila sudah masak, cungkil kuih cara dengan garpu perlahan-lahan. Sedia dihidangkan.
TIPS : Tutup kuali acuan supaya wap panas dapat memasak tepung bahagian atas dengan sekata...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment