KEK PISANG

Tuesday, July 5, 2016

RENDANG AYAM











RENDANG AYAM YANG SEDAP
& TAHAN LAMA
sumber  :    Azie Kitchen...




Bahan-Bahan :

2  ekor  ayam  -  dipotong 16 atau ikut citarasa
1  kg.  bawang merah  -  hiris
3  labu  bawang putih  -  hiris
4  inci  halia  -  hiris
4  inci  lengkuas  -  ditumbuk
2  inci  kunyit hidup  -  ditumbuk
4  batang  serai  -  di titik
4  senduk  cili kisar
4  kg.  santan
2  keping  asam keping  -  ikut citarasa
Kayu manis - 2 batang, buah pelaga - 4 biji, bunga lawang - 2 kuntum atau ikut citarasa
Garam & gula secukupnya
Daun kunyit -  hiris halus (jika suka)
Sedikit kerisik


Cara Membuat :

1.  Panaskan minyak secukupnya untuk menumis dan tumiskan rempah penumis (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang) bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi.  Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk tadi.  Tumis sehingga cili benar-benar garing.

2.  Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut.  Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak.  Setelah itu, baru dimasukkan kesemua santan dan masak dengan api perlahan sahaja.

3.  Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa.  Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak.  Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.

NOTA :    Setelah ayam masak, boleh keluarkan ayam terlebih dahulu (agar ayam tidak hancur) dan masak bahan perencah sambil dikacau dengan api perlahan untuk menjadikan kuahnya berwarna gelap baru dimasukkan kembali ayam yang dikeluarkan tadi.  (saya suka sedikit berkuah memandangkan 'family' tidak suka rendah terlalu kering)...

No comments:

Post a Comment