SMOOTHIES TEMBIKAI MERAH
Oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
2 potong tembikai merah
3 sudu besar yogurt asli
50 ml susu sejat/susu segar
2 sudu besar gula/madu atau secukup rasa bergantung kepada kemanisan buah tembikai
Ketulan ais secukupnya
Cara-Cara :
1. Masukkan ketulan ais, tembikai merah, yogurt, susu sejat/susu segar dan gula ke dalam pengisar.
2. Kisar sehingga halus dan tuangkan ke dalam gelas.
3. Sedia untuk dinikmati.
No comments:
Post a Comment