KEK PISANG

Wednesday, July 20, 2016

RESIPI BUBUR NASI AYAM ALA MC. D YANG SEDAP & SIMPLE...









RESIPI BUBUR NASI AYAM ALA MC.D
YANG SEDAP & MUDAH
sumber  :    FB :  resipimasakanlengkap.com...




Bahan-Bahan :

   1  cawan  beras  -  cuci bersih & toskan
   1  inci  halia  -  dihiris
1/2  batang  lobak merah  -  dihiris memanjang seperti mancis@julienne
   1  biji  lada merah  -  hiris
Isi ayam secukupnya  -  direbus & dicarik-carik, air rebusannya digunakan untuk nasi nanti
Serbuk secukup rasa Maggi/pati ayam secukupnya
Ikan bilis goreng
Daun sup & daun bawang  -  hiris
Bawang Goreng
Sedikit minyak bijan
Air secukupnya


Cara Memasak :

1.  Pertama sekali, rebus isi ayam sehingga empuk.  Pastikan air rebusannya banyak untuk memasak nasi dan untuk 'kuah' bubur.

2.  Kemudian asingkan ayam dan air rebusan ayam.  Isi ayam yang direbus tadi dicarik-carik dan ketepikan seketika.

3.  Tanak beras dengan air rebusan ayam tadi.  Kacau dan masukkan air rebusan ayam sedikit demi sedikit sehingga nasi kembang dan lembik.  Tambahkan air lagi jika perlu.

4.  Selepas bubur sudah masak, masukkan halia, hirisan lobak merah, serbuk secukup rasa Maggi/pati ayam dan garam secukupnya.  Sesuaikan rasanya.

5.  Masukkan hirisan isi ayam yang dicarik-carik tadi ke dalam bubur.

6.  Hidangkan di dalam mangkuk, hiaskan dengan ikan bilis goreng, serta masukkan beberapa titik minyak bijan, daun sup dan daun bawang, bawang goreng, hirisan lada merah.  Boleh juga ditambah dengan sedikit lada putih/sulah sebagai perasa jika suka...

No comments:

Post a Comment