KEK PISANG

Wednesday, July 13, 2016

SAMBAL TERUNG BERLADA









SAMBAL TERUNG BERLADA
Oleh   :    zaralovebaking...




Bahan-Bahan :

3  biji  terung ungu  -  dibelah, hiris & rendam seketika dalam air untuk mengelakkan lebam
1  keping  tauhu  -  digoreng & potong kiub
1  biji  tomato  -  dibelah 6
1  sudu makan  cili kisar  -  boleh ditambah jika suka pedas
Garam & gula secukupnya
Sedikit air -  jika perlu
Minyak masak untuk menggoreng & menumis


Bahan Tumbuk Kasar/Halus :

3  ulas  bawang putih
3  biji  bawang merah
2  sudu makan  ikan bilis  -  rendam hingga lembut & toskan


Cara Memasak :

1.  Goreng terung sehingga masak dan ketepikan dulu.
2.  Panaskan sedikit minyak dan tumis kesemua bahan tumbuk bersama cili kisar sehingga pecah minyak.
3.  Masukkan tauhu yang digoreng tadi, tomato dan biarkan sehingga tomato sedikit layu.
4.  Masukkan sedikit air.  Sesuaikan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
5.  Masukkan terung yang digoreng tadi, gaul sebati dan tutup api.
6.  Sedia untuk dihidangkan...

No comments:

Post a Comment