Tuesday, July 5, 2016
SALAM & SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI (1437H/JULY 2016), MOHON MAAF ZAHIR & BATIN...
KEK BELANG ZEBRA
buku : 'Panduan Membuat Kek' - Noraini Zakaria...
Bahan-Bahan :
125 gm mentega
125 gm marjerin
200 gm gula kastor
1/2 sudu teh garam
4 biji telur gred B (200 gm)
30 gm susu segar UHT
1 sudu teh esen vanilla
220 gm tepung superfine *
1 sudu teh serbuk penaik * ( * diayak bersama )
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh emulco coklat
1/4 cawan air panas
Cara Membuat :
1. Satukan mentega, marjerin, gula kastor dan garam.
2. Putar adunan ini sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan telur sambil diputar sebati.
4. Masukkan esen vanilla dan putar lagi sehingga rata.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang-seli dengan susu segar.
6. Putar sebati selama 2 minit dengan kelajuan paling perlahan.
7. Bahagikan sama rata adunan ini kepada 2 bahagian (A dan B).
8. Sementara itu, satukan serbuk koko, emulco coklat dan air panas.
9. Kacau sebati sehingga menjadi pes coklat. Sejukkan.
10. Letak pes coklat tadi dalam mangkuk A dan kacau sehingga sebati. Mangkuk B dibiarkan warna asal.
11. Ambil satu senduk warna asal dan tompokkan pada bahagian tengah loyang saiz 8 inci yang telah digris dan dilapik dengan kertas minyak. Ratakan sedikit dengan sudu.
12. Ambil pula warna coklat dan tompokkan di atas warna asal. Ratakan sedikit. Ulangi proses ini sehingga selesai kedua-dua adunan.
13. Goyangkan acuan supaya adunan merata ke tepi. Bakar kek selama 1 jam atau sehingga masak pada suhu 180'C.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment