KEK PISANG

Friday, July 1, 2016

NASI AYAM KARAMEL











NASI AYAM KARAMEL
sumber  :    Surianti Ramli@jendeladapursurianti.blogspot...




Bahan Ayam Karamel :

1  ekor  ayam  (dipotong kecil atau dibiarkan seekor)
2  senduk  gula pasir
5  ulas  bawang putih  -  ditumbuk halus
1  inci  halia  -  ditumbuk halus
1  helai  daun pandan  -  disimpul
Secubit garam
Air secukupnya  (agak-agak tenggelam ayam)


Cara-Cara :

     Masukkan gula pasir di dalam periuk dan nyalakan api.  Masak sehingga gula cair dan menjadi perang (karamel).  Tambahkan air, bawang putih, halia, daun pandan, garam serta ayam.  Rebus sehingga ayam masak.  Tutupkan api dan biarkan ayam terendam di dalamnya (anggaran 2-3 jam).
     Panaskan minyak, gorengkan ayam sekejap, tidak perlu lama kerana ayam telah pun masak sewaktu di rebus tadi.


Bahan Kicap :

   1  cawan  air rebusan ayam karamel
1/4  cawan  kicap atau secukupnya (anggaran)
   1  sudu kecil  sos tiram


Cara-Cara :

     Masak sekejap di atas api sehingga mendidih.


Bahan Sos Cili :

   5  biji  cili merah
   3  ulas  bawang putih
   3  sudu besar  sos tomato
1/2  inci  halia
   1  sudu kecil  cuka masakan
Garam & gula secukup rasa


Cara-Cara :

     Satukan kesemua bahan di atas (kecuali garam & gula), kisarkan sehingga halus.  Masak di atas api sehingga mendidih.  Masukkan garam dan gula secukup rasa.


Bahan Nasi :

4  pot  beras  -  dicuci bersih & ditoskan  (saya rendamkan seketika  anggaran 20 minit)
5  ulas  bawang putih  -  dikisar halus
1  labu  bawang besar  -  dikisar halus
1  kiub  pati ayam
Rempah 4 sekawan  (1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 4 kuntum cengkih & 4 biji pelaga)
1  helai  daun pandan  -  disimpul
2  sudu besar  mentega
1  sudu teh  serbuk kunyit (optional)
5 1/2  cawan  air rebusan ayam
Garam secukupnya

*  Sukatan air mengikut jenis beras masing-masing, beras kami juga jenis keras.


Cara-Cara :

     Masukkan kesemuanya di dalam periuk nasi letrik dan masak seperti memasak nasi biasa.  Siap.  (Cara Sue memasak nasi ayam memang tidak menumis, hasilnya sama seperti kita tumis juga...saya juga ikut cara Sue)...


Bahan Sampingan Lain :

Sup ayam
Sayur yang bersesuaian seperti daun salad, timun, buah tomato atau kobis

No comments:

Post a Comment