RESIPI ROTI JALA
sumber : Ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/4 cawan susu segar
Sedikit garam
Sedikit pewarna pilihan
Cara-Cara :
1. Masukkan bahan-bahan basah dahulu ke dalam pengisar kemudian baru diikuti dengan tepung gandum dan garam. Kisar sehingga sebati dan tidak berbintil.
2. Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, masukkan adunan ke dalam botol sos dan kirai.
3. Bila dah kelihatan kering, lipat dan gulung. Sedia untuk dinikmati bersama kari pilihan.
TAUHU GORENG BERLADO
sumber : Majalah RASA Februari 2018
Bahan-Bahan :
400 gm tauhu putih ~ belah dua bentuk segitiga
2 sudu makan kicap manis
2 helai daun salam
2 sm lengkuas ~ titik
1 sudu makan gula merah
Garam secukupnya
300 ml air
Minyak masak untuk menumis
Bahan Dikisar :
5 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
3 biji cili hidup/cili merah
10 tangkai cili kering
3 biji buah keras
Cara Memasak :
1. Perapkan tauhu dengan sedikit garam dan bawang putih.
2. Biarkan kurang lebih 5 minit dan goreng sehingga masak. Ketepikan.
3. Ambil bahan dikisar dan tumis dengan sedikit minyak. Biarkan sehingga naik minyak. Masukkan daun salam dan lengkuas. Tumis sehingga harum.
4. Masukkan kicap manis, gula merah dan garam secukupnya.
5. Tuangkan air dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan tauhu goreng dan biarkan sehingga ia sebati dengan perencah yang ditumis. Biarkan sehingga air hampir kering. Tutup api.
6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
SUP SAYUR PETOLA
sumber : zaralovebaking ...
Bahan-Bahan :
1 biji petola
2 ulas bawang putih ~ cincang halus
3 biji bawang merah ~ hiris
1 sudu makan udang kering ~ cuci bersih, rendam seketika & toskan
1 biji telur ~ dipukul ringan
Sedikit soo hoon *
Sedikit fucuk * ( * direndam hingga kembang)
Air secukupnya
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Buangkan kulit petola dan potong ikut citarasa.
2. Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk, tumiskan bawang merah, bawang putih dan udang kering sehingga berbau harum.
3. Masukkan sedikit air atau secukupnya dan biarkan ia mendidih.
4. Apabila mendidih masukkan sayur petola, soo hoon, fucuk (toskan airnya dulu) dan telur, kacau dan biarkan mendidih sekali lagi.
5. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
6. Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment