Wednesday, May 22, 2019
AYAM MASAK KICAP ...
AYAM MASAK KICAP
MUDAH & SEDAP
sumber : Azie Kitchen ...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ cuci bersih, lumur garam, serbuk kunyit & goreng 3/4 masak
1 biji kentang ~ potong ikut suka & goreng sehingga masak & lembut
4 batang serai ~ ketuk
1 sudu besar cili kisar
Sedikit susu pekat manis
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit kicap pekat
Sedikit sos tiram
Minyak masak
Bahan-Bahan Tumbuk :
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan Hiasan :
1 biji bawang besar Holland ~ belah 6
1 biji tomato ~ belah 6
2 tangkai cili merah & hijau ~ belah 4
Cili padi secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan-bahan tumbuk, cili kisar dan serai sehingga wangi.
2. Masukkan sos tiram dan kicap lemak manis, kicap pekat serta sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga hampir pekat.
3. Masukkan ayam yang digoreng 3/4 masak tadi. Kacau rata dan biarkan masak agak lama sehingga rasa ayam sebati dengan kuah sos.
4. Akhir sekali, masukkan susu pekat manis, kentang yang digoreng, bawang besar Holland, tomato dan cili merah, hijau, cili padi. Gaul rata.
5. Sedia untuk dihidangkan. Tabur dengan daun bawang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment