Sunday, May 5, 2019
AYAM MASAK MADU KURMA ...
AYAM MASAK MADU KURMA
sumber : FB@Loyang&Acuan ...
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam
15 biji buah kurma
1 biji bawang besar ~ dipotong membulat
2 batang serai ~ dititik
3 sudu besar cili kering yang dikisar
6 sudu besar sos tomato
6 sudu besar sos cili
2 sudu besar madu
Air secukupnya
Garam & gula secukup rasa
Daun sup/daun bawang yang telah diracik halus ~ untuk hiasan
Minyak masak
Bahan-Bahan Dikisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih yang besar
1 1/2 inci halia
*** Boleh ditambah lagi bahan-bahan mengikut citarasa sendiri
Cara Memasak :
1. Semua bahan-bahan dikisar perlu dipotong kecil-kecil dulu baru dikisar. Buah kurma dibuang biji dan dibelah dua. Potong bawang besar membulat nipis-nipis.
2. Ayam dibersihkan kemudian dipotong menjadi 12 bahagian kecil dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit. Panaskan 2 cawan minyak masak dan goreng ayam sehingga masak dan agak garing.
3. Panaskan minyak tadi dan masukkan bahan-bahan dikisar, cili kisar, bawang besar serta serai. Kacau semua bahan dan biarkan sampai sambal masak kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan kacau lagi. Masukkan buah kurma, air secukupnya dan madu. Kacau semua bahan sehingga kuah mendidih dan buah kurma menjadi agak lembut. Masukkan semua ayam yang digoreng serta garam dan gula secukupnya. Rasa kuah, jika kurang manis tambah sedikit gula lagi. Gaulkan semua bahan-bahan, taburkan daun sup/daun bawang, kacau dan bolehlah dimatikan api dapur.
4. Sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment