RESIPI AGAR-AGAR BUAH NAGA
sumber : hungrygowhere.my
Bahan-Bahan :
800 ml air
10 gm serbuk agar-agar
100 ml air tambahan
3/4 cawan isi buah naga merah ~ di lenyekkan
1 sudu besar jus limau (saya guna pati Sunquick perisa oren)
250 gm gula perang (saya tambah lagi 2 sudu besar gula pasir)
Cara-Cara :
1. Lenyekkan isi buah naga dan biarkan seketika. Anda juga boleh menggunakan mesin pengisar elektrik.
2. Campurkan gula perang dengan 800 ml air di dalam periuk dan biarkan mendidih.
3. Campurkan serbuk agar-agar dengan 100 ml air dan tuangkan ke dalam sirap mendidih. Biarkan mendidih selama 1 minit lagi, sambil mengacau.
4. Campurkan isi buah naga, jus limau dan gula tambahan jika perlu.
5. Tuangkan campuran ke dalam acuan pilihan, biarkan menyejuk dan letakkan di dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dihidang.
No comments:
Post a Comment