KEK PISANG

Thursday, May 16, 2019

MUFFIN MANGGA ...










MUFFIN MANGGA
IFTAR 11
sumber :    Fiza's Cooking ...
hasil :    10 biji




Bahan-Bahan :

2 1/2  cawan  tepung naik sendiri
1/3  cawan  gula kastor
1 1/3  cawan  susu segar  +  1 sudu besar  cuka,  jadikan buttermilk
1  sudu besar  jus mangga Sunquick
1/4  cawan  minyak sayuran  ~  boleh juga guna minyak masak
1  biji  telur  (saya guna gred A)
1  cawan  isi mangga  ~  dipotong dadu
Sedikit mangga dadu  ~  untuk hiasan  (optional)


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 180'C.

2.  Di dalam sebuah mangkuk besar, campurkan gula kastor dan tepung naik sendiri, ketepikan seketika.

3.  Masukkan buttermilk ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau bersama minyak sayuran, jus mangga dan telur dengan menggunakan spatula.

4.  Tuangkan adunan buttermilk tadi ke dalam tepung dan gula lalu dikacau sekadar adunan bercampur.  Jangan terlebih kacau kerana muffin akan menjadi keras.  Adunan sepatutnya tidak cair dan agak berketul.  Masukkan pula mangga yang telah dipotong dadu tadi.

5.  Seterusnya sudukan adunan ke dalam cawan muffin dan bakar di dalam oven selama 25 minit atau sehingga masak.

No comments:

Post a Comment