KEK PISANG

Thursday, May 16, 2019

KUIH PUTRI MANDI ...










KUIH PUTRI MANDI
sumber :    Majalah SAJI Mac 2014 ...




Bahan-Bahan :

3  cawan  tepung pulut
1  sudu kecil  garam
Sedikit air atau secukupnya
Sedikit pewarna kegemaran


Bahan Inti :

1  cawan  kelapa parut muda
1  cawan  air
1  ketul  gula melaka
1  helai  daun pandan  ~  disimpul


Cara-Cara Menyediakan :

1.  Bancuh tepung pulut dengan air dan garam.  Masukkan air sedikit demi sedikit supaya tidak terlalu lembik.  Uli sehingga menjadi doh yang lembut.  Bahagikan dan warnakan mengikut warna kegemaran.

2.  Didihkan air di dalam periuk.  Ambil sedikit adunan sebesar ibu jari, bulat-bulatkan dan leperkan dengan jari di tengahnya.  Masukkan ke dalam air mendidih.  Apabila masak ia akan timbul dan angkat.  Ketepikan.

3.  Dalam periuk berasingan, didihkan 1 cawan air dengan 1 ketul gula melaka.  Masukkan juga sehelai daun pandan.  Apabila mendidih, masukkan kelapa parut.  Kacau lagi sehingga agak-agak kering.

4.  Gaul dengan kuih yang dimasak tadi.  Jika anda tidak mahu menggunakan gula Melaka, ia boleh juga menggunakan gula pasir.  Jangan lupa campurkan secubit garam.

No comments:

Post a Comment