KEK PISANG MOIST VERSI BLENDER
sumber : FB@Mariana Zainal@MAHN
Bahan-Bahan :
3 biji pisang berangan@1 cawan pisang yang dah di lecek (kalau pisang besar guna 2 biji jer, contoh pisang yang biasa dijual dekat pasaraya@pisang cavendish, kalau pisang emas 7-8 biji)
3/4 cawan gula kastor
4 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung (saya guna minyak masak jer)
1 sudu besar jus lemon (boleh guna limau kasturi, limau nipis)
Secubit garam
Bahan Ayak :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh double-action baking powder atau baking powder biasa
Hiasan :
Hirisan pisang ~ potong nipis (kalau tebal pisang akan tenggelam)
Cara-Cara :
1. Satukan minyak, telur, gula, garam ke dalam balang blender dan kisar 5-6 minit. Kemudian masukkan pisang, blend sekejap.
2. Satukan bahan ayak di dalam bekas/mangkuk, tuangkan bahan kisar ke dalam bekas bahan ayak, kacau sebati.
3. Panaskan oven 10 minit suhu 170'C api atas dan bawah, lenser mentega pada loyang (nak kek tebal guna loyang 8 x 8 inci, jika nak tak berapa tebal boleh guna loyang 10 x 10 inci, lapik dengan baking paper, tuangkan adunan ke dalam loyang, letakkan hirisan pisang. Bakar selama 50 minit atau sehingga masak.
P/S : Kalau nak kukus pun boleh : kukus 1 jam.
No comments:
Post a Comment