POPIAH MEE MAGGI
sumber : tiffinbiru@CMG ...
Bahan-Bahan :
1 paket "Mee Maggi" perisa kari (atau apa-apa perisa pilihan)
1 biji bawang besar ~ cincang halus
1 ulas bawang putih ~ cincang halus
1 batang sosej ayam "Ayamas" ~ didadu kecil
1/2 cawan mix vegetable (kacang pis, carrot dan jagung)
1/2 cawan hirisan kobis
1/4 cawan air
10 keping kulit popiah
1 biji telur ~ dipukul sedikit
Bahan Sos Cili Pedas : (tak buat)
3 biji cili merah *
5 biji cili padi *
3 ulas bawang putih * (* dikisar halus)
1/4 cawan air
3 sudu besar cuka makan
1 ulas bawang putih ~ dihiris
4 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Cara-Cara :
1. Untuk Inti : Mee Maggi dipatahkan dua, asingkan dari rempahnya, celur selama 2 minit dalam air mendidih. Toskan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih hingga harum, masukkan sosej dan mix vege. Tuang air dan masukkan perisa kari (tersedia dalam paket mee maggi). Kacau rata dan bila hampir kering, masukkan mee maggi dan kobis tadi, gaul hingga rata. Angkat dan sejukkan. Tidak perlu letak garam lagi, kerana perencah itu sendiri dah masin.
2. Untuk Popiah Mee Maggi : Ambil sekeping kulit popiah, letakkan 1 sudu makan inti mee maggi dan gulung seperti membuat popiah biasa, sapu hujung kulit popiah dengan telur tadi sebagai gam. Buat hingga siap. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Letakkan di atas paper towel dan biarkan minyak terserap. Hidangkan bersama sos cili pedas.
3. Untuk Sos Cili Pedas : Bahan-bahan kisar halus tadi ditapis, dan tekan-tekan dengan sudu buang hampasnya. Tuang dalam periuk, tambah air, masukkan gula dan hirisan bawang putih. Masak dengan api kecil hingga mendidih. Masukkan cuka makan dan sedikit garam, teruskan memasak hingga sos pekat sambil dikacau selalu. Sejukkan dan tabur dengan sedikit bijan sebelum dihidangkan bersama popiah mee maggi tadi.
Versi karipap menggunakan roti yang dah nak expired
salut dengan breadcrumbs & digoreng hingga kuning keemasan, menggunakan inti mee maggi...sedap juga...
No comments:
Post a Comment