ROTI BAKAR TELUR
BERSAMA KEJU
sumber : Insta@majalahrasa ...
Bahan-Bahan :
7 keping roti gardenia
4 biji telur
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
Secubit garam
1 sudu teh minyak bijan (jika suka)
Hirisan keju Mozzarella ikut banyak mana yang disukai
Minyak masak secukupnya untuk oles kuali (kalau tidak menggunakan non-stick pan)
Cara-Cara :
1. Whiskkan telur, serbuk lada hitam, garam, bawang besar dan minyak bijan (jika guna) sehingga sebati.
2. Ambil sekeping roti dan letakkan di dalam bancuhan adunan telur tadi. Terbalik-balikkan supaya rata.
3. Di dalam kuali, griskan minyak pada kuali. Masukkan roti tadi ke dalam kuali. (saya guna non-stick pan, tidak perlu digris).
4. Sementara menunggu bahagian bawah masak, taburkan keju di atas roti.
5. Terbalikkan pula bahagian yang ada keju tersebut.
6. Goreng sehingga keperangan. Ulang kaedah yang sama sampai roti habis.
No comments:
Post a Comment