KEK PISANG

Tuesday, May 14, 2019

PUDING SAGU SELASIH GULA MELAKA ...










PUDING SAGU SELASIH GULA MELAKA
sumber :    resipicitarasawan ...
jumlah hidangan :    8




Bahan-Bahan :

1  cawan  sago kecil
1  sudu besar  biji selasih
1  liter  air  ~  untuk merebus
1  cawan  santan pekat  (santan kotak)
1/2  sudu besar  gula
1/4  cawan  air
1/4  sudu teh  garam

Bahan Lain :   Potongan buah-buahan yang disukai


Bahan Sirap Gula :

1  cawan  gula merah
1/3  cawan  air
2  helai  daun pandan  ~  disimpul


Cara-Cara :

Satukan gula merah, air dan daun pandan.  Masak sehingga gula larut, tutup api kemudian ditapis.  Biarkan sejuk.


Cara-Cara Penyediaan :

1.  Rendam biji selasih sehingga kembang dan toskan.
2.  Cuci sago, toskan.  Masak air sehingga mendidih kemudian masukkan sago.
3.  Masak sehingga sago menjadi jernih.  Angkat dan toskan ke dalam penapis.
4.  Alirkan di bawah air paip ke atas sago dan bilas beberapa kali sehingga kanjinya hilang.
5.  Toskan sekali lagi kemudian gaulkan dengan selasih.
6.  Dalam periuk, satukan santan, gula, air dan garam.
7.  Masak sehingga panas sahaja, tidak perlu sampai mendidih.
8.  Sejukkan santan dahulu kemudian gaulkan dengan sago selasih tadi.
9.  Masukkan ke dalam gelas tinggi atau cawan dessert dan simpan di dalam peti sejuk.
10.  Untuk menghidang :    Tuangkan sirap gula dan tabur dengan potongan buah-buahan.

No comments:

Post a Comment