KEK PISANG

Wednesday, May 22, 2019

KUIH SAGU@SAGU BRONOK ...









KUIH SAGU@SAGU BRONOK
sumber :    resipicitarasawan ...




Bahan-Bahan :

1  cawan  sagu halus  (saya guna yang warna hijau)
2 1/2  cawan  air
1/2  cawan  gula pasir
1/2  sudu besar  sirap Rose  (tak letak)
2  helai  daun pandan  ~  disimpul
Sedikit pewarna hijau  (saya tambah)
1/2  cawan  kelapa parut putih + sedikit garam =  kukus sebentar


Cara-Cara :

1.  Siram sagu dengan air dan toskan.

2.  Masak air sehingga mendidih, masukkan sagu, kacau supaya tidak berketul.

3.  Kacau sehingga sagu separuh masak.  Masukkan daun pandan, gula dan pewarna, kacau sehingga sagu menjadi likat.  Keluarkan daun pandan.

4.  Masukkan ke dalam acuan/loyang 8 inci yang dibasahkan terlebih dahulu.  Kukus selama 10 minit sehingga sagu menjadi jernih.

5.  Sejukkan dahulu di dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih supaya senang dipotong.

6.  Potong dan gaulkan dengan kelapa parut.

INFO :

1.  Sagu boleh dimasak terus dari dapur tanpa mengukusnya.  Kacau sehingga semua sagu menjadi jernih.
2.  Gula dimasukkan kemudian supaya sagu senang masak.
3.  Loyang dibasahkan untuk mudah dikeluarkan.

No comments:

Post a Comment