KARIPAP ROTI
sumber : buku resipi 'Zura Miranda'
Bahan A (Inti) :
2 keping dada ayam ~ dipotong dadu
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
2 ulas bawang putih ~ dicincang
1 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan serbuk kari daging ~ dibancuh dengan sedikit air
3 biji kentang ~ dipotong dadu
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya ~ untuk menggoreng
Bahan B :
5 keping roti sandwich
Telur putih ~ sebagai gam
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali kemudian goreng isi ayam sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan kira-kira satu sudu makan minyak masak kemudian tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
3. Masukkan cili kisar dan bancuhan serbuk kari. Tumis sehingga wangi.
4. Masukkan kentang dan sedikit air atau secukupnya, tutup atas kuali, masak sehingga kentang empuk. Perlu digaul selalu supaya bahagian bawah tidak hangit.
5. Masukkan isi ayam yang digoreng tadi, kacau sebati, perasakan dengan sedikit garam. Kemudian bolehlah diangkat dan sejukkan sebelum digunakan.
6. Sudukan inti ke atas roti yang sudah digelek nipis. Tekapkan dengan acuan karipap.
7. Panaskan minyak masak dan goreng sehingga keemasan. Angkat dan toskan minyak.
8. Hidangkan bersama sos pilihan.
No comments:
Post a Comment