Wednesday, May 29, 2019
TAUHU KUKUS SOS TIRAM DAGING CINCANG ...
TAUHU KUKUS SOS TIRAM +
DAGING CINCANG
sumber : zaralovebaking ...
Bahan-Bahan :
1 keping tofu lembut ~ dikukus selama 5-7 minit
100 gm brokoli ~ potong kecil & celur hingga sedikit lembut & toskan
1/2 paket/tube daging ayam cincang
1 biji cili merah ~ hiris serong
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil madu (optional)
2 ulas bawang putih ~ cincang
1/4 kiub pati ayam atau kiub ikan bilis
Sedikit minyak bijan atau minyak masak
Sedikit air
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang putih dan cili merah hingga terbit bau.
2. Masukkan daging ayam kisar. Kacau sehingga daging ayam kisar berubah warna.
3. Kemudian masukkan sos tiram, madu, sos cili, kicap manis, kiub ayam/ikan bilis dan sedikit air. Kacau sebati.
4. Masukkan sayur brokoli. Kacau sebati. Sesuaikan rasanya.
5. Setelah masak, angkat dan tuangkan ke atas tauhu yang sudah dikukus tadi. Hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment