KEK PISANG

Thursday, May 30, 2019

PUDING SAGU GULA MELAKA ALA 'ABC' ...










PUDING SAGU GULA MELAKA
ALA 'ABC'
sumber :    zaralovebaking@me...




Bahan-Bahan :

1  cawan  biji sagu warna hijau  ~  cuci bawah air & toskan
3  cawan  air
1  helai  daun pandan
1  tin  jagung dalam tin 'cream style'
1  paket  cendol  ~  toskan airnya


Bahan Air Gula :

60  gm  gula merah
100  gm  gula pasir
1  cawan  air
1  helai  daun pandan  ~  disimpul
Garam secukup rasa


Bahan Santan :

2  cawan  santan
2 1/2  sudu besar  tepung beras
1/3  cawan  gula
1/4  sudu teh  garam
1  helai  daun pandan  ~  disimpul


Cara-Cara :

1.  Untuk Puding Sagu :   Masukkan air dalam periuk bersama daun pandan dan masak biar air berbuih kecil sedikit kemudian terus masukkan sagu sambil dikacau agar tidak berketul.

2.  Masak dengan api sederhana sambil dikacau sehingga sagu masak dan pekat (biji sagu bertukar warna jernih/bercahaya), padamkan api.  

3.  Tuangkan ke dalam bekas/loyang bersesuaian dan sejukkan sepenuhnya.

4.  Untuk Bahan Air Gula :   Dalam periuk kecil, masak bahan air gula sehingga mendidih dan pekat.  Tutup api dan sejukkan.

5.  Untuk Bahan Santan :   Dalam periuk, sebatikan semua bahan dan masak sambil dikacau selalu sehingga mendidih dan pekat, tutup api dan terus kacau, biarkan sejuk sedikit.

6.  Cara Menghidang :   Sagu yang telah sejuk dipotong ikut suka.  Tuangkan air gula ke dalam gelas atau bekas pilihan, masukkan potongan puding sagu diikuti dengan Bahan Santan, Cendol secukupnya dan akhir sekali Jagung secukupnya.

7.  Sejukkan di dalam peti sejuk.  Sedia untuk dinikmati.

No comments:

Post a Comment