KEK PISANG

Thursday, March 28, 2013

APAM BERAS PELBAGAI ACUAN & WARNA




APAM BERAS


sumber :   buku resipi
dicuba  :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

        2  cawan   nasi sejuk
        2  cawan   tepung gandum
        2  cawan   tepung beras
        1  cawan   brown sugar *
     3/4  cawan   gula pasir *
  2 1/2  cawan   air
        2  tsp        yis Mauripan
Pewarna yang digemari
Kelapa parut putih (digaul dengan sedikit garam - jika suka)

* -  Boleh juga diganti dengan kedua-duanya gula pasir



Cara membuat :

1.   Blend nasi sejuk dan air hingga hancur (masukkan air sedikit demi sedikit.. blend sampai halus).
2.   Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend hingga sebati.
3.   Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
4.   Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung.  Kacau hingga sebati.
5.   Perapkan selama 3 jam.
6.   Panaskan pengukus.  Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil (ikut pilihan).
7.   Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan.
8.   Masukkan adunan ke dalam acuan kecil (ikut pilihan) hingga hampir penuh dan kukus selama 15-20 minit.
9.   Hidangkan  bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam ataupun enak dimakan begitu saja.





No comments:

Post a Comment