Saturday, March 28, 2015
JAGUNG NONA MANIS INDONESIA
JAGUNG NONA MANIS INDONESIA
sumber dari : SelagiAdaGula; thanks...
tried by : zaralovebaking; (yields : 27 pcs small)...
Bahan A :
1 biji telur gred B - dikocok sehingga kembang
1/2 cawan gula halus*
1/2 cawan santan kotak*
1/2 cawan air*
1 cawan tepung gandum*
Cara-cara :
(yang bertanda * campurkan kesemuanya, tapis dan campurkan dengan telur yang dikocok tadi dan ketepikan sebentar).
Bahan B :
70 gm jagung segar dikisar dengan 1/2 cawan air dan tapis
1/2 cawan santan kotak
1/8 cawan air (ditambah sebab adunan agak pekat)
1/4 cawan gula kastor
1/4 cawan tepung jagung
Pewarna kuning sedikit
1 sudu besar jagung segar yang dihiris
Cara-cara :
(kesemua bahan B dikacau sebati, masak sehingga pekat dan berkilat, tutup api dan masukkan bahan A, kacau rata dan tidak berbintil). Ketepikan seketika.
Bahan C :
1/2 cawan santan kotak
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung gandum (11 gm) - jangan diratakan tepung dalam sudu
1/2 sudu kecil garam halus
(kacau sebati dan masak sehingga agak pekat..sejukkan dulu baru dimasukkan ke dalam piping bag).
Cara Penyediaan :
Penuhkan 3/4 cawan lompang saiz kecil dengan adunan kuning kemudian picitkan adunan putih ditengahnya, buat sehingga habis dan kukus selama 8-10 minit atau sehingga masak sepenuhnya. Biarkan sejuk dahulu barulah dikeluarkan dari acuan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ingatkan susahh nak buatnye.. tq sudi share resepi 😁
ReplyDeletehttp://ninafarhanawm.blogspot.my