KEK PISANG

Saturday, June 6, 2015

PUDING ROTI MARBLE


 Puding ini dibuat oleh anak bujang ku (yang bongsu) sementara menunggu offer dari universiti
dengan dipantau oleh ibunya sekadar menghabiskan masa. Lagipun boring katanya.
Jadi diminta ibunya mengajar untuk membuat puding dan muffin. Boleh jugalah nanti kedua-dua 
juadah ini dibawa ke rumah adik ipar yang akan mengadakan house warming sempena rumah baru dan menyambut bulan Ramadan nanti.  Cantik tak puding yang dibuat oleh anak bujang saya?  Jom kita intai resipinya....







PUDING ROTI MARBLE
buku resipi  :  Siri Blogger Masakan Siti Delima Yahya
dicuba oleh :  M Amin Hakim dengan kerjasama ibu ;...



Bahan-bahan :

      4  keping  roti tawar (Gardenia)  -  dibuang kerak tepinya
      2  biji  telur gred B
   1/2  cawan  susu pekat manis
  170  ml   susu cair
      8  gm  serbuk agar-agar
   1/2  cawan  gula pasir
      2  sudu besar  mentega  -  dicairkan
3 1/2  cawan  air
Pewarna makanan  -  ikut citarasa/pilihan


Cara Membuatnya :

1.  Masak 3 cawan air bersama serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk sehingga mendidih.

2.  Satukan roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki 1/2 cawan air dan kisar sehingga halus.  Kemudian campurkan ke dalam periuk agar-agar yang sudah mendidih tadi.

3.  Masukkan mentega dan kacau rata sehingga mendidih.  Matikan api.

4.  Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.  Setiap satu bahagian diletakkan pewarna secara berasingan setiap satu, kacau rata.

5.  Tuangkan adunan berwarna tadi ke dalam loyang/acuan pilihan (yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu untuk memudahkan puding keluar dari loyang/acuan) secara berselang-seli.  Sesenduk adunan kuning, sesenduk lagi adunan hijau dan sesenduk lagi adunan merah.  Ulang proses melapis ini sehingga habis dan buat dengan cepat kerana adunan cepat membeku.

6.  Biarkan sehingga agar-agar sejuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.  Enak dihidangkan ketika dingin.

No comments:

Post a Comment