KEK PISANG

Sunday, September 20, 2015

KARIPAP PUSAR/PUSING YANG SANGAT SEDAP & RANGUP



 Percubaan pertama membuat karipap pusar.  Kejadiannya kurang memberangsangkan kerana pusarnya kurang, tidak cantik  tetapi karipap ini sangat sedap dan rangup.  Terima kasih pada tuan punya resipi (Kak Noor) kerana sudi berkongsi resipi...






KARIPAP PUSAR/PUSING
sumber   :   Bicara Kak Noor; terima kasih...
dicuba  :    zaralovebaking...



Bahan Doh A :

1  cawan  tepung gandum
1  sudu besar  tepung jagung
2  sudu besar  shortening
2  sudu besar  Planta


Bahan Doh B :

   2  cawan  tepung gandum
1/4  cawan  minyak masak
1/2  cawan  air, anggaran
Sedikit garam


Cara-cara :

1.  Satukan kesemua bahan doh A.

2.  Uli sehingga boleh dikepal dan bahagikan 4, bulatkan dan ketepikan.

3.  Panaskan minyak kemudian tuangkan di dalam bekas yang berisi tepung doh B, kacau rata.  Kemudian masukkan air yang telah diletakkan garam sedikit demi sedikit dan uli doh sehingga sebati dan bahagikan 4 dan bulatkan.

4.  Ambil satu ketul doh B, leperkan dan masukkan doh A di dalamnya dan bulatkan.

5.  Gelek di atas papan sehingga rata, pastikan tidak terlalu nipis kemudian gulung.

6.  Gelek lagi adunan ini juga tidak terlalu nipis dan gulung lagi sekali.  Buatlah sehingga habis adunan dan rehatkan selama 15 minit untuk mesrakan adunan.

7.  Kemudian potong 6 atau 8 adunan ini, gelekkan secara lembut dan masukkan inti pilihan, tutup dan kelimkan kemudian digoreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.


Bahan Inti Kentang :  (Azlita Masam Manis)

  4  biji  kentang saiz besar  -  dipotong dadu kecil
  2  sudu besar  udang kering  -  direndam hingga lembut kemudian kisar
  3  ulas  bawang merah  -  dikisar
  2  ulas  bawang putih  -  dikisar
10  tangkai  cili kering  -  rendam hingga lembut kemudian kisar
  3  sudu besar  serbuk rempah kari
Garam & gula secukup rasa
  2  tangkai  daun kari
Air secukupnya
Minyak untuk menumis


Cara Memasak :

     Panaskan sedikit minyak.  Tumiskan daun kari dan bahan kisar hingga harum dan garing.  Masukkan rempah kari dan masak lagi hingga garing.  Masukkan kentang dan tambahkan air secukupnya.  Biarkan ia mereneh dan kentang empuk.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.  Biarkan ia kering.  Angkat dan toskan minyaknya.

No comments:

Post a Comment