RESIPI KUIH CARA JAGUNG
rujukan : zulfazalovescooking...
VERSI 1 :
1 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan air & sedikit pewarna kuning telur (boleh juga guna air biasa atau santan)
1 biji telur gred A/B
2 sudu besar gula pasir (atau secukup rasa)
Sedikit garam
Cara-Cara :
Satukan kesemua bahan dan adun hingga sebati semuanya.
Bahan Lain :
Jagung cream dalam tin secukupnya
Minyak (untuk oles acuan)
Acuan kuih cara/bahulu
Cara Penyediaan :
1. Panaskan acuan. Oleskan sedikit minyak masak. Tuangkan adunan sehingga penuh. Sudukan sedikit jagung di tengah adunan.
2. Tutup acuan dengan penutup tudung periuk dan biarkan masak selama 3-5 minit. Gunakan api kecil. Untuk mencungkil kuih yang telah masak, gunakan lidi sate atau cake tester...
VERSI 2 :
1 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan air & sedikit pewarna kuning telur (boleh juga gunakan air biasa atau santan)
1 biji telur gred A/B
1/2 cawan jagung cream dalam tin
Sedikit garam
**** Satukan semua bahan dan adun sebati.
Bahan Lain :
Gula pasir secukupnya (sebagai inti)
Minyak masak
Acuan kuih cara/bahulu
Cara Penyediaan :
1. Panaskan acuan. Oleskan sedikit minyak. Tuangkan adunan sehingga penuh. Sudukan sedikit gula pasir di tengah adunan.
2. Tutup acuan dengan penutup tudung periuk dan biarkan masak selama 3-5 minit. Gunakan api kecil. Untuk mencungkil kuih yang telah masak, gunakan lidi sate atau cake tester.
3. Hidangkan...
No comments:
Post a Comment