KEK PISANG

Sunday, January 22, 2017

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA...











AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA
sumber  :    yatiememories...




Bahan-Bahan :

1  paket  serbuk agar-agar  (10 gm)
1  liter  air  (4 cawan, saya tambah lagi 1/2 cawan )
1  ketul  gula melaka  (anggaran  200 gm)  -  diracik halus
1/4  cawan  gula pasir
250  ml  santan pekat  (atau :  100 ml santan kotak KARA & selebihnya tambah air = 250 ml)
1  biji  telur gred A/B  (masukkan ke dalam santan & kocok sedikit dengan garfu)
2  helai  daun pandan  -  cuci bersih & disimpul
secubit garam


Cara-Cara :

1.  Masak gula melaka yang diracik halus, gula pasir bersama 1 cawan air.  Masukkan daun pandan.  Masak sehingga mendidih dan sentiasa dikacau.  Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan.  (Gunakan air yang dari 4 1/2 cawan).

2.  Di dalam periuk bersih, masak 2 1/2 cawan air bersama serbuk agar-agar.  Masak sehingga mendidih.

3.  Masukkan air gula melaka dan sentiasa kacau sehingga mendidih.

4.  Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.

5.  Kacau dan tunggu sehingga menggelegak di atas api sederhana.  PENTING!!!  Bila menggelegak, biarkan seketika dalam 1-2 minit.  Nanti akan kelihatan adunan santan menjadi berbintil-bintil.  Tutup api.

6.  Tuangkan ke dalam loyang/acuan pilihan yang telah dibasahkan terlebih dulu dengan air.  Biarkan agar-agar suam seketika baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment