KEK PISANG

Sunday, January 22, 2017

NASI TOMATO...








NASI TOMATO
sumber  :    Chef Hanieliza & Azlita Masam Manis...




Bahan-Bahan :

5  cawan  beras  -  cuci bersih & toskan
1/2  cawan  susu cair
4  biji  tomato  -  dicincang
1/2  cawan  sos tomato
2  sudu besar  marjerin/minyak sapi
5  sudu besar  minyak masak
Garam secukup rasa
Air  (ikut sukatan beras dalam 5 cawan juga, saya tambahkan lagi 1/2 cawan)
Daun pandan disimpul atau daun sup dicincang


Bahan Tumis :

3  ulas  bawang putih  -  hiris
5  ulas  bawang merah  -  hiris
1  inci  halia  -  hiris
3  biji  buah pelaga
3  biji  bunga cengkih
2  kuntum  bunga lawang
1  inci  kulit kayu manis


Cara Memasak :

1.  Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi sehingga kuning dan naik bau.  (Gunakan periuk rice cooker tu)..

2.  Masukkan susu cair, tomato cincang, sos tomato, garam dan gaul rata.  Tambahkan air dan biarkan mendidih.

3.  Masukkan beras dan daun pandan/daun sup dan alihkan periuk ke dalam tempat rice cooker dan biarkan masak sepenuhnya.

4.  Apabila nasi telah kering, kacau rata tetapi jangan sampai hancur.

5.  Boleh lah dihidang bersama lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun...

No comments:

Post a Comment