KEK PISANG

Monday, January 9, 2017

SARAPAN DGN. BOMBAY TOAST & UBI KAYU REBUS...









BOMBAY TOAST
sumber  :   Majalah SAJI Julai 2015...




Bahan A :

4  biji  telur
250  gm  susu segar
50  gm  susu pekat manis  (boleh tambah ikut citarasa)
secubit garam


Bahan B :

10  keping  roti


Bahan C :

Marjerin secukupnya


Cara-Cara :

1.  Di dalam mangkuk sederhana besar, satukan kesemua Bahan A.  Pukul rata menggunakan 'hand whisk'.

2.  Panaskan kuali leper menggunakan api perlahan, sapukan dengan sedikit Bahan C@marjerin.

3.  Ambil sekeping roti, celupkan di dalam adunan telur tadi (langkah 1).  Letakkan di atas kuali leper yang dilenser dengan marjerin tadi.  Panggang sehingga kedua-dua bahagian bertukar warna keperangan.  Angkat dan buat yang lain pula sehingga habis kesemua roti.

4.  Hidangkan bersama serikaya, sos coklat atau makan begitu sahaja pun sedap...




 ubi kayu rebus..cicah dengan gula atau sambal, ikut citarasa...


No comments:

Post a Comment