KEK PISANG

Saturday, January 14, 2017

PAF KRIM PANDAN...








PAF KRIM PANDAN
sumber  :     Majalah RASA 2007 ; (sangat sedap)...




Bahan Cream Puff :

Bahan A :

500  ml  air
200  gm  mentega
1/2  sudu teh  garam
1  sudu teh  gula halus


Bahan B :

250  gm  tepung gandum
3/4  sudu teh  serbuk penaik


Bahan C :

6  biji  telur gred A


Bahan Inti Pandan :

500  ml   susu segar
2  biji  telur gred A/B
100  gm  gula kastor
1/2  sudu teh  esen vanilla
25  gm  tepung kastad
30  gm  tepung jagung
1/2  sudu teh  perasa pandan/pandan emulco
1/2  sudu teh  pewarna hijau


Cara-Cara :

1.  Untuk membuat inti pandan :  masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.

2.  Kacau di atas api sederhana sehingga pekat.

3.  Sejukkan inti sebelum dimasukkan ke dalam cream puff.

4.  Untuk membuat cream puff :  di dalam periuk, panaskan bahan-bahan A sehingga mendidih.

5.  Masukkan bahan B dan kacau sehingga tidak melekat di periuk.

6.  Biarkan adunan sedikit suam.  Apabila adunan sedikit suam, masukkan telur sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati.

7.  Selepas itu, masukkan adunan ke dalam beg piping dan paipkan adunan di dalam dulang pembakar.

8.  Bakar  di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 200'C api atas bawah (jika ada kipas ON kan) selama 20 minit hingga keperangan.

9.  Apabila masak, sejukkan dan potong.  Masukkan inti pandan dan hiaskan ikut citarasa...






No comments:

Post a Comment