Thursday, January 26, 2017
DAGING MASAK MERAH...
DAGING MASAK MERAH
cookbook : Ruzita's Kitchen...
Bahan-Bahan :
400 gm daging (saya guna daging batang pinang), dipotong kecil
1 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak masak
1/2 kiub pati ayam
1 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 biji cili hijau - hiris
1 biji bawang besar - hiris bulat
Bahan Kisar :
6 biji cili kering
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
2. Masukkan daging. Masak sehingga daging empuk. Masukkan sedikit air jika perlu.
3. Apabila daging dah empuk/lembut, masukkan sos cili, sos tomato, kicap, gula, garam dan kiub pati ayam.
4. Sesuaikan rasa. Masukkan cili hiris, bawang besar dan kacau rata.
5. Hidangkan...
4.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment