KEK PISANG

Sunday, January 22, 2017

APAM BENGAWAN SOLO...










APAM BENGAWAN SOLO
sumber  :    sariyusa & paty's kitchen...




Bahan Inti :

130  gm  gula merah
30  gm  gula pasir
125  ml  air
2  helai  daun pandan  -  disimpul
300  gm  kelapa parut putih
1  sudu besar  tepung gandum
1/4  sudu teh  garam


Cara-Cara :

1.  Masak gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga mendidih.
2.  Masukkan kelapa parut putih dan garam, kacau sebati.
3.  Apabila hampir kering masukkan tepung gandum, kacau sebentar, angkat dan sejukkan.


Bahan Apam :

500  gm  tepung gandum *
2  sudu teh  instant yis * (Mauripan)
180  gm  gula pasir *
250  ml  susu cair *
600  ml  air *
1/8  sudu teh  garam *
Pewarna pink & pandan emulco


Cara-Cara :

1.  Campurkan semua bahan bertanda (*) dan gaul rata sehingga sebati.  Bahagikan kepada 3 bahagian.

2.  Biarkan satu bahagian asal, bahagian kedua campurkan dengan pewarna pink dan satu lagi pandan emulco serta sedikit pewarna hijau.

3.  Perap adunan selama 40 minit hingga naik berganda...


Cara Menyediakan Apam Bengawan Solo :

1.  Panaskan air di dalam periuk kukusan.  Sapu acuan dengan minyak masak rata-rata.
2.  Masukkan sedikit adunan apam warna putih/asal.
3.  Isikan inti kelapa.
4.  Tutup dengan adunan apam putih.
5.  Masukkan adunan apam berwarna pink dan pandan emulco dan lorekkan.
6.  Kukus apam dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam masak.
7.  Keluarkan apam dari acuan bila kuih telah sejuk sedikit..

No comments:

Post a Comment