KEK PISANG

Wednesday, January 4, 2017

PISANG KEJU BIJAN BERAROMA...


 selepas di sira dengan bahan sos...

 sebelum di sira...







PISANG KEJU BIJAN BERAROMA
sumber  :     Majalah 'Sedap' bil 55, 2013...




Bahan-Bahan :

10  keping  kulit popia
5  biji  pisang uli  -  belah dua  (saya guna pisang berangan, boleh juga guna pisang emas)
50  gm  keju cheddar  -  potong dadu kecil sebesar 1/2 cm x 1/2 cm x 1/2 cm  (saya sagat kasar jer)
25  ml  susu pekat manis
2  sudu makan  tepung gandum dan 3 sudu makan air, larutkan untuk pelekat
Minyak untuk menggoreng
1  sudu teh  bijan sangai untuk taburan (tak letak, tiada stok)


Bahan Sos :

100  gm  gula merah/gula melaka  -  kikis halus
50  ml  air
1/8  sudu teh  garam
1  helai  daun pandan  -  simpul


Cara Membuat :

1.  Ambil sekeping kulit popia.  Letakkan pisang uli, taburkan keju cheddar dan masukkan susu pekat manis.

2.  Lipat bahagian bawah.  Lekatkan tepi kiri dan kanan dengan larutan tepung.  Gulung kemas.

3.  Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga masak dengan api sederhana.

4.  Untuk sos :  campurkan gula merah, air, garam dan daun pandan di dalam periuk.  Masak sehingga mendidih dan gula larut.  Tapis.  Masak semula sehingga pekat.

5.  Hidangkan pisang beraroma bersama sos dan taburkan bijan...

No comments:

Post a Comment