KEK PISANG

Sunday, January 15, 2017

TELUR MASAK PAPRIK...










TELUR MASAK PAPRIK
sumber  :    Majalah RASA Oktober 2016...




Bahan-Bahan :

5  biji  telur rebus  -  buang kulit
3  batang  jagung muda  -  hiris
1/2  batang  lobak merah  -  hiris ikut citarasa
1  biji  cili merah  -  kisar
1  ulas  bawang putih  -  kisar
2  sudu teh  sos ikan
1  sudu teh  sos tiram
1/2  biji  capsicum hijau  -  hiris  (saya guna cili hijau)
2  sudu makan  sos cili
1  sudu makan  sos tomato
3  gm  tepung jagung
1  helai  daun limau purut
sedikit air
minyak masak untuk menggoreng


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng telur yang telah direbus tadi hingga kekuningan.  Angkat dan ketepikan.

2.  Tinggalkan sedikit minyak dan tumis bahan kisar dan daun limau purut hingga terbit bau.  Masukkan bahan yang dihiris dan biarkan hingga lembut.

3.  Masukkan sedikit air, diikuti tepung jagung, sos tomato, sos cili, sos ikan dan sos tiram.  Biarkan kuah mendidih dan memekat.

4.  Masukkan telur yang telah digoreng tadi, gaul seketika dan sebati.

5.  Sesuaikan rasa dan tutup api.  Angkat dan sedia dinikmati...

No comments:

Post a Comment