KEK PISANG

Tuesday, June 19, 2018

16/6/2018 (SABTU) RAYA KEDUA...








RENDANG DAGING
sumber :    FB@Resepi Terlaris...




Bahan-Bahan :

1  kg  daging batang pinang  ~  potong agak kecil
2  paket kecil  serbuk rempah kurma
Santan dari 1 1/2  biji kelapa
3  sudu besar  kerisik
Garam secukup rasa
Gula Melaka  (kalau tiada guna gula pasir)
1-2  keping  asam gelugor
1  kiub  pati ayam
3  helai  daun pandan  ~  disimpul
1/2  cawan  minyak masak untuk menumis


Bahan Kisar :

9  ulas  bawang merah
5  ulas  bawang putih
1  inci  halia
5  batang  serai  ~  hiris nipis-nipis
1  inci  lengkuas
3  inci  kunyit hidup
15-20  tangkai  cili kering  ~  rebus, cuci & toskan sebelum kisar


Bahan Mayang/Hiris :

3  helai  daun limau purut
1  helai  daun kunyit


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak di dalam kuali.  Tumis bahan yang dikisar bersama daun pandan sehingga naik bau.  Kacau seketika.  Masukkan serbuk rempah kurma, tumis lagi...sehingga pecah minyak.

2.  Sekiranya menggunakan daging biasa, rebus daging seketika tapi tidak perlu jika menggunakan daging batang pinang.  Masukkan daging bersama air rebusan, kacau rata.  Kalau menggunakan daging batang pinang yang tidak direbus maka boleh masukkan 2 cawan air sekali masa memasukkan daging.  Biarkan seketika dalam 4-5 minit.

3.  Kemudian masukkan santan, kacau dengan api perlahan.  Bila agak-agak daging sudah lembut, masukkan asam gelugor@keping, kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya.

4.  Bila daging sudah betul-betul lembut/empuk, masukkan pula kerisik dan gaul rata.  Masak sehingga kuah rendang agak pekat.

5.  Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit, daun limau purut dan dikacau lagi seketika.  Siap untuk dihidangkan...









ACAR MENTAH




Bahan-Bahan :

1  batang  lobak merah  ~  dihiris memanjang
1  batang  timun  ~  dihiris memanjang
1  biji  cili merah  ~  dihiris memanjang
1  sudu makan  cuka atau secukupnya
1  sudu makan  gula atau secukupnya
1  sudu teh  garam atau secukupnya


Cara Penyediaan :

1.  Campurkan semua bahan hirisan di dalam satu bekas dan ketepikan.
2.  Kemudian campurkan garam, gula dan cuka.  Gaul sebati.
3.  Tuangkan bancuhan cuka ke dalam bekas berisi bahan hirisan dan gaul rata.
4.  Acar sedia dihidangkan...









NASI HUJAN PANAS
rujukan :    buku masakan Chef Hanieliza
hidangan :    6 orang




Bahan-Bahan :

4  cawan  beras basmathi  ~  cuci, rendam selama 30 minit & toskan
4  cawan  air  (saya lebihkan sedikit)
1/2  cawan  susu cair
1  kiub  pati ayam
3  biji  tomato  ~  dicincang
Pewarna hijau, merah & kuning secukupnya
1  sudu makan  minyak sapi
2  sudu makan  marjerin
Garam secukup rasa


Bahan Tumisan :

3  ulas  bawang merah *
1  ulas  bawang putih *
1  inci  halia *  ( * ditumbuk )
3  kuntum  bunga cengkih
3  biji  buah pelaga
2  kuntum  bunga lawang
1  inci  kulit kayu manis
1  batang  serai  ~  dititik
2  helai  daun pandan  ~  disimpul


Cara Memasak :

1.  Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit.  Toskan.
2.  Panaskan minyak sapi dan marjerin di dalam periuk ataupun kuali.
3.  Tumiskan bahan tumisan sehingga berbau wangi.
4.  Masukkan air dan garam.  Biarkan sehingga mendidih.
5.  Masukkan susu cair, kiub ayam, tomato dan beras.  Kacau rata.
6.  Alihkan ke dalam periuk nasi elektrik.  'ON' kan suis dan masakkan seperti nasi biasa.
7.  Apabila nasi hampir kering, titiskan 1 warna pada setiap tempat yang berlainan.
8.  Biarkan nasi masak dan kering.  Kemudian gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.
9.  Hiaskan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang...

No comments:

Post a Comment