KEK PISANG

Tuesday, June 19, 2018

JUADAH RAYA 15/6/2018 (JUMAAT)...







RESEPI AYAM MASAK MERAH
sumber :    Majalah RASA Julai 2018 Edisi Bumper...




Bahan-Bahan :

1  ekor  ayam  ~  digoreng setengah masak setelah dipotong beberapa bahagian
2  sudu makan  tomato puri
2  sudu makan  sos tomato
2  biji  tomato  ~  belah empat
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis


Bahan Dikisar :

10  tangkai  cili kering  ~  rebus sebentar baru kisar
5  biji  bawang besar
4  ulas  bawang putih
2.5  sm  halia


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan dikisar.  Tumis sehingga wangi dan pecah minyak.

2.  Kemudian masukkan tomato puri dan sos tomato.  Kacau sebati.

3.  Masukkan ayam yang telah digoreng setengah masak tadi (yang telah digaul garam dan serbuk kunyit).

4.  Kecilkan api dan balik-balikkan dan perisakan dengan garam dan gula secukup rasa dan biarkan ayam masak.

5.  Tutup api dan lauk siap dihidangkan...









ACAR MENTAH




Bahan-Bahan :

1  batang  lobak merah  ~  dihiris memanjang
1  batang  timun  ~  dihiris memanjang
1  biji  cili merah  ~  dihiris memanjang
1  sudu makan  cuka
1  sudu makan  gula
1  sudu teh  garam


Cara Penyedian :

1.  Campurkan semua bahan hirisan di dalam satu bekas dan ketepikan.
2.  Kemudian campurkan garam, gula dan cuka.  Gaul sebati.
3.  Tuangkan bancuhan cuka ke dalam bekas berisi bahan hirisan dan gaul rata.
4.  Acar sedia dihidangkan...










NASI LOBAK MERAH
rujukan :    buku masakan  Chef Hanieliza...




Bahan-Bahan :

6  cawan  beras basmathi  ~  basuh bersih & rendam selama 30 minit & toskan
2  sudu makan  serbuk rempah kurma
7  cawan  air
1  kiub  pati ayam
1/2  cawan  susu cair
2  batang  lobak merah  ~  dipotong dadu
1  tangkai  daun ketumbar  ~  diracik
1  sudu teh  gula  ~  sekiranya suka
4  sudu makan  minyak sapi
Garam secukup rasa


Bahan Tumisan :

5  biji  bawang merah *
3  ulas  bawang putih *
1  inci  halia *  ( * dihiris )
1  inci  kulit kayu manis
3  kuntum  bunga lawang
5  kuntum  bunga cengkih
3  biji  buah pelaga
3  helai  daun pandan  ~  disimpul


Cara Memasak :

1.  Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit.  Toskan.
2.  Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi elektrik dan masukkan bahan tumisan.  Tumis sehingga wangi.
3.  Kemudian masukkan serbuk rempah kurma.  Kacau sehingga pecah minyak.
4.  Masukkan air, garam, gula, kiub pati ayam dan susu cair.  Biarkan mendidih.
5.  Masukkan beras, lobak merah dan daun ketumbar.
6.  Alihkan periuk nasi ke dalam periuk elektrik dan biarkan masak seperti nasi biasa.
7.  Hidangkan bersama ayam masak merah dan juga acar timun mentah...


No comments:

Post a Comment