KEK PISANG

Tuesday, June 19, 2018

BISKUT MENTEGA KACANG...








RESEPI BISKUT MENTEGA KACANG
sumber :    FB@MAHN ~    Rose Rosnah Rosnah




Bahan-Bahan :

1  cawan  marjerin
1  cawan  gula kastor
1  cawan  mentega kacang  ~  crunchy/smooth
1  biji  telur gred A/B
2  cawan  tepung gandum
2  cawan  tepung jagung
1  biji  kuning telur  ~  untuk hiasan


Cara-Cara :

Pukul marjerin, mentega kacang dan gula kastor (pukul ala-ala manja) sekadar sebati, tidak perlu sehingga kembang kemudian masukkan telur, pukul sebati.  Masukkan kedua-dua jenis tepung sedikit demi sedikit dan gaul/uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat kat tangan.
Terap dengan acuan kegemaran.  Sapukan kuning telur di atas biskut, hiaskan dengan badam cincang, jika suka.  
Bakar pada suhu 130'C - 140'C selama lebih kurang 20-25 minit sehingga masak/keperangan...




 CORNFLAKE MADU

No comments:

Post a Comment