SOFT MARBLE BUTTER CAKE
sumber : FB@Original Resepi Ringkas
oleh : Mariana Zainal...
Bahan-Bahan :
250 gm butter/marjerin
1 cawan rata gula pasir (kisar) ~ saya guna gula kastor
4 biji telur gred A
2 cawan rata tepung naik sendiri, diayak (jika guna tepung gandum tambah 1 sudu teh baking powder)
1/2 cawan susu cair
1 penutup botol esen vanilla
2 sudu besar serbuk koko
Pewarna ikut pilihan
Cara-Cara :
Pukul butter dan gula selama 12 minit, masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil pukul perlahan (setiap kali masukkan telur pukul 1 minit).
Masukkan tepung naik sendiri dan susu cair berselang-seli sambil kaupbalik adunan menggunakan senduk/spatula.
Bahagikan adunan kepada 2-3 bahagian, satu warna asal, satu lagi letakkan serbuk koko dan satu lagi letakkan pewarna pilihan.
Lenser nipis butter/marjerin pada loyang saiz 7"/8" (saya guna loyang 7 inci) dan alaskan dengan baking paper. Masukkan adunan berselang-seli sehingga habis.
Bakar selama 50 minit sehingga masak, menggunakan api atas bawah pada suhu 180'C (oven haruslah dipanaskan 10 minit terlebih dahulu sebelum membakar kek)...
No comments:
Post a Comment