KEK PISANG

Wednesday, June 20, 2018

OPOR AYAM...











RESEPI OPOR AYAM
sumber :    Majalah RASA Julai 2018 ~ Edisi Bumper...




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam  ~  potong kecil
250  gm  santan pekat
5  helai  daun limau purut  ~  hiris halus
3  helai  daun bay
1  keping  asam gelugor
5  kuntum  bunga cengkih
2  kuntum  bunga lawang
2  biji  buah pelaga
1  inci  kulit kayu manis
4  sudu makan  minyak masak
2  biji  tomato  ~  belah empat
1  biji  kentang yang direbus empuk  ~  belah ikut citarasa (saya tambah)
Garam & gula secukup rasa


Bahan Kisar :

3  cm  halia
3  biji  bawang merah sederhana besar
5  ulas  bawang putih
5  biji  buah keras
3  cm  lengkuas


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis.

2.  Kemudian masukkan bahan kisar dan masak sehingga wangi.

3.  Masukkan ayam dan masak ayam sehingga ianya kecut.

4.  Tuangkan santan ke dalam periuk bersama asam gelugor, daun bay dan masak sehingga kuahnya mendidih dan pekat.

5.  Masukkan daun limau purut, tomato, kentang rebus dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6.  Tutup api dan Opor Ayam sedia dihidangkan...

No comments:

Post a Comment