KEK PISANG

Friday, June 1, 2018

BADAK BERENDAM...









BADAK BERENDAM




Bahan Doh :

2  cawan  tepung pulut
1  cawan  air atau secukupnya
1/2  sudu teh  garam
Pewarna pilihan


Cara-Cara :

Campurkan garam dengan air dan tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh di bentuk dan tidak melekat di tangan.  Bahagikan doh kepada dua bahagian dan letakkan pewana pilihan.  Gaulkan sehingga sebati dan warna sekata.


Bahan Inti :

2  cawan  kelapa parut muda
1  cawan  gula merah
1  helai  daun pandan
Gula pasir, jika suka
Sedikit air


Cara-Cara :

Masak gula merah dan gula pasir bersama sedikit air (anggaran 1/4 cawan) dan daun pandan sehingga gula larut.  Masukkan kelapa parut dan dikacau di atas api sederhana sehingga kering.  Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.  (saya sukat menggunakan 1 sudu teh)..


Bahan Kuah :

2 1/2  cawan  santan
2  sudu besar  tepung beras
1/2  sudu teh  garam
3  helai  daun pandan  ~  disimpul
Sedikit gula  (jika suka  ~  optional)


Cara-Cara :

Campur rata semua bahan-bahan kuah, lalu dikacau di atas api sehingga pekat dalam lebih kurang 10 minit.  Tutup api dan ketepikan.


Cara-Cara Penyediaan :

Ambil sedikit doh dan dibulat-bulatkan (saya sukat guna 1/2 sudu besar) kemudian dileperkan.  Letakkan inti kelapa di dalamnya dan dibulatkan kembali.  Buat sehingga habis dan letakkan di atas plastik supaya ianya tidak melekat.
Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih.  Kemudian masukkan kuih/bebola yang telah dibuat ke dalamnya dan masak sehingga ianya timbul di permukaan.  Angkat, toskan dan terus dimasukkan ke dalam kuah yang disediakan terlebih dahulu...

No comments:

Post a Comment