RESEPI KRIM PUFF
rujukan : mamawandiha...
Bahan-Bahan :
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh garam
150 gm tepung gandum ~ diayak
3 biji telur gred A ~ dipukul sedikit
Cara-Cara :
1. Dalam periuk masukkan butter, air dan garam. (Boleh masukkan sedikit pewarna pilihan, jika suka). Masak di atas api hingga mendidih. Apabila mendidih, tutup api dan masukkan tepung. Gaul/kacau hingga menjadi adunan yang tidak melekat di periuk. Kemudian masak adunan tadi selama 1-2 minit (akan kelihatan adunan nipis di dasar periuk). Tutup api dan sejukkan sebentar.
2. Masukkan adunan doh ke dalam mixer dan putar hingga doh suam. Masukkan telur sedikit demi sedikit hingga adunan kelihatan likat. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan ke atas dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper.
3. Bakar selama 20 minit pada suhu 200'C. (saya menggunakan api atas bawah)...
Bahan Kastad :
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad
4 sudu besar gula
1 cawan susu segar (250 ml)
1 biji telur
1 sudu besar mentega
Cara-Cara :
1. Campurkan semua bahan-bahan di atas kecuali mentega. Kacau rata dengan whisk. Jerang di atas api perlahan dan sentiasa dikacau hingga pekat.
2. Tutup api masukkan mentega, kacau lagi hingga mentega larut. Biarkan sejuk sebelum di paip ke dalam krim puff. (Hias ikut citarasa)...
No comments:
Post a Comment