KEK PISANG

Thursday, June 7, 2018

ROTI SARDIN GULUNG...









RESEPI ROTI SARDIN GULUNG
rujukan :    Azie Kitchen...




Bahan-Bahan :

Roti Gardenia secukupnya
1  tin  sardine Yeo's atau boleh guna jenama lain
1/2  biji  bawang besar  ~  hiris nipis
1/2  tangkai  cili merah  ~  hiris
Sedikit garam
Perahan limau nipis/kasturi  (optional)
3  biji  telur  ~  dipukul seketika
Sedikit tepung gandum  ~  bancuh dengan sedikit air sebagai pelekat
Minyak masak untuk menggoreng


Cara-Cara :

1.  Hancurkan ikan sardine dengan menggunakan garfu.  Masukkan bawang besar, cili merah, garam dan air perahan limau nipis.
Nota :   saya keluarkan sedikit sos sardine sebab tidak mahu ianya terlalu berkuah.

2.  Gelekkan permukaan roti menggunakan kayu pencanai sehingga leper dan nipis.  Potong roti kepada 2 bagi menghasilkan kuih yang sederhana saiz dan mudah dimakan.

3.  Letakkan inti di hujung roti dan terus gulung dengan ketat dan kemas.  Jangan letak inti terlalu banyak kerana ia akan terkeluar semasa di gulung.

4.  Di hujung roti, sapukan sedikit bancuhan tepung gandum sepanjang roti untuk melekatkan gulungan roti tadi.  Ianya supaya gulungan roti tidak terbuka semasa digoreng.

5.  Susun roti yang digam tadi ke dalam pinggan dalam keadaan bahagian bawah yang digam itu terletak dibahagian bawah.  Buat sehingga habis semua inti.

6.  Celupkan roti tadi ke dalam telur dan terus goreng.  Jangan dicelup awal kerana roti akan kembang.  Jangan celup terlalu banyak untuk mengelakkan telur menyerap minyak ketika digoreng.

7.  Goreng sehingga ianya berwarna keperangan.  Angkat dan toskan di atas tisu dapur.  Hidangkan ketika panas-panas.


NOTA :

1.  Jika suka, boleh juga ditumis sardine terlebih dahulu.

2.  Boleh juga selepas dicelup dalam telur, dicelup/digolek pula dalam breadcrumbs sebelum digoreng...

No comments:

Post a Comment