KEK PISANG

Wednesday, June 6, 2018

KUIH SERIMUKA GULA MERAH...










SERIMUKA GULA MERAH
rujukan :    Surianti Ramli...




Bahan Lapisan Bawah :

1  cawan  beras pulut  (saya guna pulut susu & rendam selama 30 minit, toskan)
1 1/4  cawan  santan cair
Secubit garam


Cara-Cara :

Kukus semua bahan lapisan bawah selama 30 minit.
Sapu loyang bersaiz 7 inci bulat/persegi  dengan sedikit minyak, alas loyang dengan plastik.
(saya pakai plastik saiz 12x12 inci), kemudian letakkan pulut yang telah di kukus tadi, tekan sehingga padat.  Ketepikan.


Bahan Lapisan Atas :

3/4  cawan  gula merah
1/2  cawan  air
1  helai  daun pandan  ~  disimpul

***  satukan daun pandan, gula merah dan air, masak sehingga gula larut dan tapis.  Ketepikan biarkan sejuk.


2  biji  telur gred A
1  cawan  santan pekat
3/4  cawan  tepung gandum
2  sudu besar  tepung jagung
Secubit garam


Cara-Cara :

Satukan air gula merah yang telah sejuk dengan semua bahan untuk lapisan atas,  kacau sebati kemudian tapis.  Masak sekejap di atas api perlahan sekadar panas dan naik wap saja, jangan sampai mendidih.


Cara Penyediaan Serimuka :

Panaskan periuk kukusan, balut tudungnya.  Curahkan perlahan-lahan lapisan atas di atas pulut tadi.  Kukus semula selama 30 minit.  Selepas itu, buka tudung periuk dan kukus lagi 10 minit tanpa tudung untuk mengeringkan air pada permukaan kuih.  Matikan api.  Tunggu sehingga betul-betul sejuk selepas 3 atau 4 jam baru boleh dipotong menggunakan pisau plastik...

INFO :    bahagian kepala lembut & lemak (tidak keras)..
Jika guna beras pulut biasa...rendam selama 1 jam & toskan...

No comments:

Post a Comment