KEK PISANG

Wednesday, June 20, 2018

ROTI JALA & KUAH DURIAN...










ROTI JALA
rujukan :    Azie Kitchen...




3  cawan  tepung gandum
2 1/2  sudu besar  minyak masak
1  sudu kecil  garam
1  biji  telur gred A/B
3  cawan  air/santan/susu segar  (saya guna air dicampur dengan sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning


Cara-Cara :

Blendkan semua bahan di atas sehingga sebati.  Mulakan menjala menggunakan kuali non-stick.
Selepas menjala di atas kuali biarkan dalam beberapa saat.  Kalau sudah masak tidak perlu diterbalikkan, teruskan saja diangkat dan digulung.
Bila sudah siap bolehlah dihidangkan dengan Kuah Durian/Gulai Kari Ayam atau apa-apa pencicah yang disukai...


Kuah Durian :

Beberapa ulas durian
1  cawan  santan
1/2 cawan  gula pasir atau ikut citarasa
2  cawan  air
2  sudu besar  tepung jagung dilarutkan dengan sedikit air  (untuk memekatkan kuah)
Secubit garam
1  helai  daun pandan  ~  disimpul


Cara-Cara :

1.  Asingkan isi durian dari bijinya dan ketepikan seketika.

2.  Masukkan isi durian, santan, air, garam, gula dan daun pandan di dalam periuk dan masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu.

3.  Larutkan tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuah tadi sambil dikacau lagi sehingga pekat yang diingini dan masak...

No comments:

Post a Comment