Wednesday, June 20, 2018
NASI IMPIT GORENG...
NASI IMPIT GORENG SEMPOI
Bahan-Bahan :
Lebihan nasi impit yang sudah direbus secukupnya ~ dipotong dadu kecil kasar
2 sudu besar udang kering * ~ direndam hingga lembut & toskan
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
2 tangkai cili merah *
5-6 tangkai cili padi * (jika suka pedas ~ * ditumbuk kasar )
Sedikit hirisan daun bawang, jika suka
Sedikit kacang panjang ~ dipotong ikut citarasa
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk kasar sehingga garing keperangan. Masukkan sedikit garam. Selepas itu masukkan sayur kacang panjang. Biarkan seketika sehingga sayur kacang panjang sedikit lembut.
Kemudian masukkan nasi impit yang dipotong dadu dan kacau rata. Biarkan masak seketika. Dikacau selalu sebab nasi impit mudah melekat pada kuali. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang (saya tidak letak sebab tiada). Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia untuk dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment