Thursday, June 7, 2018
TELUR BISTIK...
RESEPI TELUR BISTIK
rujukan : buatoranglapo.com...
Bahan-Bahan :
3 biji telur
Ayam/daging secukupnya ~ potong dadu
1/2 biji bawang merah besar ~ hiris
1 biji bawang merah kecil ~ cincang halus
2 biji bawang putih ~ cincang halus
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Sayur campuran @ lobak merah & kacang panjang ~ potong dadu (saya guna lobak merah jer)
Garam & gula secukupnya
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Pukul telur bersama bawang yang dihiris dan sedikit isi ayam/daging (tinggalkan sedikit ayam/daging untuk masak kuah). Tambahkan sedikit garam.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng telur sehingga garing. Angkat dan letakkan di dalam pinggan besar.
3. Tumiskan bawang merah kecil dan bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau.
4. Masukkan isi ayam/daging. Gaul sebentar sehingga ayam/daging separuh masak.
5. Masukkan pula kesemua sos. Tambahkan sedikit air kalau nak lebih kuah.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Masukkan sayur campuran. Kacau sebentar. (Sayur jangan terlalu layu).
8. Setelah kuah masak, tuangkan kuah ke atas telur yang digoreng tadi...sedia dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment