ROTI JALA TANPA TELUR DAN
KUAH DURIAN
rujukan : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar atau susu cair
2 cawan air
Sedikit garam
1 sudu besar minyak
Beberapa titis pewarna hijau atau kuning
Cara-Cara :
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar sehingga sebati.
2. Jika adunan agak pekat, tambahkan sedikit air (kepekatan adunan bergantung juga kepada jenis tepung gandum yang digunakan).
3. Biarkan adunan selama 10 minit (sementara menyediakan kuah durian) dan kemudian bolehlah dikirai di atas kuali anti-lekat/non-stick pan.
Bahan Kuah Durian :
Beberapa ulas durian
1 cawan santan
1/2 cawan gula pasir atau ikut citarasa kemanisan yang disukai
2 cawan air
2 sudu besar tepung jagung dilarutkan dengan sedikit air (untuk memekatkan kuah)
Secubit garam
1 helai daun pandan ~ disimpul
Cara-Cara :
1. Asingkan isi durian dari bijinya dan ketepikan seketika.
2. Masukkan isi durian, santan, air, garam, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu.
3. Larutkan tepung jagung dengan sedikit air sejuk/masak dan tuangkan ke dalam kuah tadi sambil dikacau lagi sehingga pekat dan masak...
No comments:
Post a Comment